DANA MENAMPUNG KOS KEPERLUAN ANAK YATIM MISKIN SEMARAK

DANA MENAMPUNG KOS KEPERLUAN ANAK YATIM MISKIN SEMARAK
99.60%
RM149,393
/RM150,000
7069
penyumbang
267
baki hari

Tentang Kempen

Tujuan kutipan dana ini dijalankan adalah untuk meringankan kos tanggungan perbelanjaan pusat jagaan ini untuk menampung kos perbelanjaan setiap bulan. Jom bantu!
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Semarak ditubuhkan bagi menjaga kebajikan anak-anak yatim dan keluarga miskin yang serba kekurangan. Beroperasi di Nilai, Negeri Sembilan, rumah kebajikan...
Tujuan kutipan dana ini dijalankan adalah untuk meringankan kos tanggungan perbelanjaan pusat jagaan ini untuk menampung kos perbelanjaan setiap bulan. Jom bantu!


Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Semarak ditubuhkan bagi menjaga kebajikan anak-anak yatim dan keluarga miskin yang serba kekurangan. Beroperasi di Nilai, Negeri Sembilan, rumah kebajikan ini telah berdaftar secara rasmi dengan pihak berkuasa sebagai sebuah Pertubuhan Sukarela (PSK) yang sah.


Diasaskan dengan tujuan utama memberi tempat tinggal, perlindungan, pendidikan dan kasih sayang, pertubuhan ini kini menempatkan anak-anak yatim dan asnaf dari usia 7 tahun hingga 17 tahun. Rumah perlindungan ini telah beroperasi lebih daripada 10 tahun, dan sepanjang tempoh itu kami menjaga 65 orang yang terdiri daripada anak-anak yatim yang kehilangan ayah atau emak atau kedua-duanya & asnaf. 



Sebahagian anak-anak di sini kebanyakannya adalah kes transit kerana mereka kekurangan tempat untuk mereka tinggal. Di pertubuhan inilah mereka membesar, bersekolah, dan menjalani kehidupan seharian mereka. Dengan jumlah penghuni yang semakin ramai, ini menyebabkan kos operasi bulanan di pertubuhan ini hampir mencecah RM10,000 ke RM50,000 sebulan termasuk kos makan minum, pendidikan, perubatan, bil utiliti serta penyelenggaraan asas.


Selepas pemergian pengasas mereka, Haji Abd Rahim Bin Haji Yaakub, beberapa tahun yang lepas tanggung jawab ini diteruskan oleh pengurusi pertubuhan ini iaitu, Tuan Haji Sharifuddin bersama barisan AJK Pertubuhan Anak Yatim Miskin Semarak.



Anak-anak yang menghuni pusat jagaan Anak Yatim Miskin Semarak


“Sebaik-baik rumah daripada kaum muslimin adalah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang dilayan dengan baik. Manakala seburuk-buruk rumah daripada kaum muslimin adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang disakiti akan dia (anak yatim tersebut)”.



KASIHANI DAN SAYANGILAH ANAK INI


Tidakkah kebahagiaan dan kasih sayang adalah hak semua manusia di muka bumi ini? Melihat mereka yang daripada kecil sudah kehilangan kedua ibubapa, ditinggalkan sejak mereka lahir dan diabaikan ibu bapa membuatkan pengasas nekad untuk memberi perlindungan memayungi segala kegelapan hidup mereka. Di Pertubuhan Anak Yatim Miskin Semarak inilah anak-anak ini mendapatkan perlindungan yang selayaknya mereka dapat.



Bantuan Dana Sumbangan Kos Keperluan Harian


Pada awal tahun kos paling mencabar buat pertubahan ini, kos dana operasi yang semakin meningkat menyebabkan ia memberikan tekanan kepada pertubuhan ini untuk menampung 65 anak-anak yatim dan miskin di sekitar Taman Semarak. Kos operasi tahun 2025 di anggarkan sebanyak RM 10,000 hingga RM 30,000 sebulan adalah jumlah yang besar buat kami, malah pada tahun 2026 tahun hadapan, dianggarkan kos akan meningkat, pasti akan memberi tekanan kepada Pertubuhan Anak Yatim Miskin Semarak untuk terus beroperasi.


Ekoran itu, Pertubuhan Anak Yatim Miskin Semarak dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada penderma untuk menyumbang kepada dana operasi rumah jagaan anak yatim ini. Kami di sini sememangnya tiada pendapatan yang tetap dan hanya bergantung kepada sumbangan sukarelawan.



Semoga dengan sumbangan anda mampu untuk menampung kos operasi bagi menyediakan dan membina kemudahan pembelajaran dan kemahiran yang lebih selesa buat anak-anak disini.


لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ


“𝐾𝑎𝑚𝑢 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖-𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑠𝑎𝑚𝑝𝑎𝑖 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑒𝑏𝑎𝑗𝑖𝑘𝑎𝑛 (𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑚𝑝𝑢𝑟𝑛𝑎), 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑓𝑘𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑖𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎 𝑠𝑎𝑗𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑛𝑎𝑓𝑘𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑀𝑎ℎ𝑎 𝑀𝑒𝑛𝑔𝑒𝑡𝑎ℎ𝑢𝑖𝑛𝑦𝑎.” Surah Ali Imran, ayat 92.


Jika terdapat sebarang pertanyaan, kemunsykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung dengan pengerusi pertubuhan ini 019 336 2555 atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat No. 2, 52450 Jalan TS 2/6, Taman Semarak, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

ABDUL MUTALLIB BIN P.AHMAD
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 11, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jan 11, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 11, 2026
SEAN BELIKU
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jan 11, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 11, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTU INFAQ GURU TAHFIZ YANG MENDIDIK PARA PELAJAR
BANTU TAHFIZ DALAM INFAQ CAT BILIK WARDEN TAHFIZ
INFAQ MAKANAN SIHAT UNTUK ANAK ANAK KESAYANGAN RASULULLAH
BIASISWA UNTUK PELAJAR PENGHAFAZ QURAN
INFAQ PERBELANJAAN UNTUK MAAHAD TAHFIZ SAHABAT QURAN TERUS BEROPERASI