AMALAN ABADI DI MASJIDIL HARAM

Dimulakan pada:
06 Aug, 2024
AMALAN ABADI DI MASJIDIL HARAM
49.71%
RM124,269
/RM250,000
6267
penyumbang
165
baki hari

Tentang Kempen

Bayangkan anda memperoleh berkat yang berterusan setiap kali ada yang membaca Al-Quran yang anda sumbangkan di Mekah. Jom raih pahala dengan sedekah Al-Quran!
Assalamualaikum wbt. Kami ingin mengajak anda semua untuk memudahkan perjalanan ibadah saudara Muslim di Mekah dengan sedekah Al-Quran. Mekah, rumah yang terletaknya Kaabah sentiasa menerima kedatanga...
Bayangkan anda memperoleh berkat yang berterusan setiap kali ada yang membaca Al-Quran yang anda sumbangkan di Mekah. Jom raih pahala dengan sedekah Al-Quran!


Assalamualaikum wbt. Kami ingin mengajak anda semua untuk memudahkan perjalanan ibadah saudara Muslim di Mekah dengan sedekah Al-Quran. Mekah, rumah yang terletaknya Kaabah sentiasa menerima kedatangan masyarakat Muslim di seluruh negara. Oleh itu, menderma Al-Quran di kota suci ini adalah satu peluang untuk memperolehi keberkatan dan nikmat yang bertambah.



Tambahan pula, menderma Al-Quran merupakan satu bentuk sedekah jariyah selagi ada insan yang membacanya walaupun selepas penderma telah meninggal dunia. Di tempat yang penuh dengan aktiviti ibadah seperti Mekah, penggunaan Al-Quran yang disumbangkan menjadi kerap dan meluas, sekali gus memaksimumkan pahala berterusan untuk penderma.



Sungguh mudah sebenarnya untuk kita meraih pahala, namun kita sering kali takut akan kekurangan duit jika bersedekah. Sebagai manusia yang sentiasa alpa, kita memang lupa bahawa rezeki itu datangnya daripada Tuhan yang Maha Kaya.



Sedekah Al-Quran di Mekah ini juga memberi kemudahan beribadat secara langsung untuk berjuta-juta umat Islam. Mekah menjadi tuan rumah berjuta-juta jemaah setiap tahun semasa haji dan umrah, kebanyakan mereka mungkin tidak membawa salinan peribadi Al-Quran kerana kekangan perjalanan. Dengan menyediakan All-Quran, para penderma secara langsung membantu mereka mendapatkan sumber naskah Al-Quran dengan mudah.



“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

19 Mar 2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Alhamdulillah, kami ingin mengucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya atas sumbangan ikhlas yang telah Anda berikan dalam kempen Infak Quran Mekah. Berkat kebaikan hati Anda, dana yang terkumpul telah berhasil kami salurkan sesuai dengan tujuan, memberikan manfaat kepada mereka yang membutuhkan.


Semoga setiap huruf yang dibaca dari mushaf yang Anda infakkan menjadi amal jariyah yang terus mengalir. Jazakumullahu khairan.




07 Feb 2025

Assalamualaikum
Alhamdulillah, dengan bantuan dari para penyumbang, kami boleh membagikan wakaf harta abadi di masjdiil haram

Semoga setiap kebaikan kita mendapatkan semua kebaikan dari amalan kita




 



Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

ARMEL IRDINA L
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jan 10, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 10, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 10, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 10, 2026
MUHAMMAD ASYRAF AZLIN SHAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 09, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

INFAK MEMBERI MAKAN GELANDANGAN
BERKONGSI REZEKI BINA PERIGI DAN TANDAS USANG UNTUK WARGA
TABUNG BANGUN KEMBALI TANAH PALESTINE
SUMBANGAN UNTUK RUMAH GURU MENGAJI YANG TERBAKAR
INFAK PENYEDIAAN KABIN PENGURUSAN JENAZAH BERGERAK