PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

LAILA

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampuni kami, rahmati kami, lindungi kami dan keluarga kami drp api neraka, terimalah amalan kami dan jadikanlah kami drp golongan hamba2Mu yg bertaqwa. Permudahkanlah urusan pembelian rumah perlindungan warga emas ini agar mereka dpt beribadah dgn selesa. Limpahkanlah kami dgn rezeki harta dan kesihatan yg baik agar kami dpt terus beramal kpdMu & jauhilah kami drp sifat sombong. Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah melindungi dan memberkati kehidupan kita umat Islam dunia akhirat. Amin🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

LAILA

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampuni kami, rahmati kami, peliharalah kami dan keluarga kami drp api neraka, murahkan rezeki kami dan terimalah amalan kami.. Semoga kami tergolong di kalangan hamba2Mu yg bertaqwa.. Permudahkanlah urusan pembelian rumah perlindungan warga emas ini agar mereka dpt terus beribadah dgn selesa kelak. Sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mendengar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan sy dan suami dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan segaa urusan saya suami dan ank anak di permudahkan dan dapat membeli rumah serta mudahkan untuk kami menjual resort kami di Merang Setiu dan doakn kami akn ke mekah dn madinah umrah hj dan menetap di madinah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan saya dan suami mendapat zuriat. Dah lama kami menanti.. Dan moga rumah perlindungan warga emas nur ehsan sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.. Aminn

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: