PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah..permudahkan urusan saya dapat rumah untuk anak2 berlindung dan ank2 berjaya dlm pelajaran..

4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AQILAH AFHAM AAKIF HUZAIFAH

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan, pahala sedekah ini sentiasa mengalir utk mama dan abah serta keluarga, semoga kita semua dipanjangkan usia, rezeki yg luas dan dibarokah,sentiasa diberkati dan dirahmati Allah..aminn..

3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan saya diberikan jodoh yang baik dan tempat tinggal yang selesa. Amin.

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga sentiasa dalam lindungan Allah.

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NURUL AKMAL ZULKAPLI

2 tahun yang lepas

Ya allah alirkan rezeki kepada nurul akmal zulkapli seperti air zam² yang mengalir tanpa henti..limpah ruah kan rezeki nya dan tetapkan hati untuk terus bersedekah.ya allah permudahkan urusan hadis mohd radzi dalam mencari rezeki dan nafkah untuk keluarga nya.. ya allah,jika ada pahala dari sedekah ini..kau kirim kan lah pahala ini buat ibu dan ayahku serta suami dan ank²ku. Aaminnn

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga saya dimurahkan rezki seluas lautan supaya dpt terus menyumbang pada yg memerlukan dan dapat menjaga dan berbakti pada mak dan ayah saya..aamiinn

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: