PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan sya dan keluarga saya hidup dlm redha Allah dan diberi keimanan dlm kehidupan hingga Akhir hayat...

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga kempen berjalan lancar..Semoga urusan hamba Allah yang menguruskan program ini mendapat ganjaran pahala yang berterusan..Semoga Allah merahmati ibu² dan ayah² dalam pusat jagaan ini..

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

2 tahun yang lepas

Semuga Allah pelihara kita, kaum muslimin dan muslimat dari sebarang bencana. Di permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat. Ameen

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga kekuarga saya sentiasa dalam rahmat Allah, di kurniakan anak yang soleh dan solehah.

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHAMED INDRA SAID

2 tahun yang lepas

Ya Allah,kami memohon keredhaan mu Ya Allah.. Ampuni dan kasihani kedua ibubapa kami,selamatkan mereka didunia dan diakhirat.. KepadaMu kami sembah dan kepadaMu kami memohon keampunan,sesungguhnya Engkaulah Tuhan kami yang Maha Esa.Aminn

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROZAIDA BT YUSOF

2 tahun yang lepas

Ya Allah rahmatilah semua ibubapa kami, ampunkan dosa kami & mereka. Berkatilah usia & usaha kami. Masukkanlah kami ke syurga dgn rahmatMu. Pandanglah kami dgn kasih sayangMu.Jauhkan kami semua dr azab neraka & siksaan kubur. Matikan kami dlm husnul khotimah. Amiin

4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: