PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

12 jam yang lepas

Mohon Allah ampunkan segala dosa saya serta mak, ayah, adik-beradik, datuk nenek moyang dan semua umat islam. Ringankan hisap kami, jauhkan kami dari api neraka dan siksa di alam barzah, pelihara kami dari fitnah dajal, rahmati seluruh hidup kami, matikan kami secara husnul qhotimah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

12 jam yang lepas

Moga saya diberi kesihatan yg baik untuk mengerjakan amal ibadah..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AMIRUDIN BIN HJ.ISMAIL ISMAIL

13 jam yang lepas

Titipkan pahala sedekah ini kepada Almarhum ayah Hj.Ismail bin Mahat,Almarhumah ibu Hjh Amnah bt Mohamad Yusof serta kaum keluarga yang mendahului kami.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

13 jam yang lepas

Doakan arwah nenek saya Zaweah BINTI Husin ditempatkan Dalam kalangan org beriman, moga dengan sumbangan yg sedikit ini mampu sampai ke amalan arwah nenek saya Dan bantu dia dlm kubur inshaa Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

14 jam yang lepas

Doakan anak syurga saya muhammad emyr harraz supaya bole bercakap

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

15 jam yang lepas

God bless

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: