DANA RAWATAN ADIK UMAR RIZQI

Dimulakan pada:
30 May, 2022
DANA RAWATAN ADIK UMAR RIZQI
100.34%
RM25,084
/RM25,000
902
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala dengan membantu adik Umar yang memerlukan bantuan untuk rawatan susulannya. Semoga adik Umar mampu menjalani kehidupan seperti yang lain, amiin.
Assalamualaikum WBT. Para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi, kami di Persatuan Usahawan Wanita dan Keusahawan Agro (WEAGRO) terpanggil untuk menjalankan kempen kutipan “Dana Rawatan Uma...
Jom sama-sama kita meraih pahala dengan membantu adik Umar yang memerlukan bantuan untuk rawatan susulannya. Semoga adik Umar mampu menjalani kehidupan seperti yang lain, amiin.


Assalamualaikum WBT. Para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi, kami di Persatuan Usahawan Wanita dan Keusahawan Agro (WEAGRO) terpanggil untuk menjalankan kempen kutipan “Dana Rawatan Umar Rizqi.



Penyakit Sacral Agenesis atau Caudal Regression Syndrome merupakan gangguan kongenital yang jarang berlaku dengan anggaran 1 hingga 2.5 kes bagi 100,000 bayi yang dilahirkan. Keadaan itu disebut sacral agenesis kerana sakrum tulang berbentuk segitiga yang meng­hubungkan tulang belakang ke pelvis hanya sebahagiannya berkembang atau tidak berkembang sama sekali.


Adik Umar Rizqi dilahirkan tanpa saraf tunjang dengan keadaan tulang belakangnya tidak bercantum habis hingga ke pinggul. Ia menyebabkan adik Umar kehilangan sebahagian tulang belakangnya dan berlakunya risiko lain yang menjejaskan kesihatannya.



Antara risiko lain yang dihadapi oleh adik Umar adalah terpaksa membuang air besar melalui perut (stoma) dan sebelah cuping telinganya kecil. Keadaan bentuk fizikal kedua belah kaki yang tidak normal (kecil dan halus) menyebabkan adik Umar tidak boleh berjalan seperti kanak-kanak normal yang lain. Adik Umar hanya boleh merangkak untuk bergerak dan tulang belakangnya juga bengkok. Biarpun adik Umar dilahirkan tidak sempurna, ibunya, Puan Azrina berkata, Umar adalah anugerah terindah yang Allah titipkan kepadanya untuk dijaga. 



Adik Umar sudah menjalani 3 pembedahan dalam tempoh sebulan selepas dilahirkan yang menyebabkan doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk membuat lubang najis (fistula). Kini adik Umar perlu menjalani rawatan susulan Hospital Kuala Lumpur selain beberapa siri rawatan di Hospital Klang.  Hasil kutipan dana ini akan digunakan untuk membayar kos rawatan susulan adik Umar. Ibu bapa adik Umar amat memerlukan bantuan kita bagi membantu meringankan beban mereka bagi menampung kos rawatan susulan tersebut.



ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة

Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (Riwayat al-Bukhari)


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

17 Jun 2022

Sambutan Hari Jadi Adik Umar Rizqi



Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 13, 2022
RAZALI BIN MOHD
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jun 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 13, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

TABUNG KEBAJIKAN KOMUNITI PETALING JAYA
BERI MAKAN WARGA EMAS DHUAFA
BANTU MAK IPAH MEMBAIKI RUMAH ROBOH
BERKONGSI REZEKI BINA PERIGI DAN TANDAS USANG UNTUK WARGA
HULURKAN BERAS MAKANAN UNTUK ANAK YATIM DAN DHUAFA
Kempen Sumbangan Tamat